Berbuka puasa @ Rumah DSAI

Posted by Fiez | Posted in , | Posted on 9:34 PM

1


11 September 2009 (9/11)

Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan kpd DSAI selaku tuan rumah dan AIC yang merupakan penganjur.

Sy telah dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama DSAI di kediaman beliau. Ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan oleh AIC. Pada asalnya majlis ini sepatutnya diadakan di pejabat AIC tetapi telah ditukarkan dan diawalkan atas permintaan DSAI.
Kebanyakan yang hadir adalah merupakan golongan muda dan pelajar IPT. Kepentingan dan kesedaran golongan muda adalah penting dalam menbangunan negara pada masa akan datang.

6.20, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh presiden AIC(baju hitam) dan ucapan ringkas daripada DSAI. Seterusna sesi perkenalan ahli-ahli AIC. DSAI memulakan dialog dengan membuka kepada ahli untuk memberikan pertanyaan. Sy mengambil kesempatan bertanyakan soalan mengenai ekonomi negara.
Setelah azan maghrib berkumandang, kami berbuka puasa beramai ramai bersama DSAI

Kami solat maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di kediaman DSAI bersama beliau. Ini adalah merupakan pengalaman pertama sy sebagai ahli AIC.
Kemuncak acara pada malam tersebut adalah sesi dialog bersama DSAI di ruang tamu rumah beliau.
DSAI memulakan bicara dengan menceritakan penulis dan pemikir Islam pada suatu ketika dahulu yg sy sendiri tidak pernah dengar nama-nama tersebut. Namun begitu sy tetap tertarik dengan idea pemikir2 tersebut. Seterusnya DSAI menceritakan pengalaman beliau sebagai pelajar.

Dalam sesi dialog ini, pelbagai soalan diajukan kepada DSAI. Kesempatan ini juga sy dapat mengemukakan lagi soalan kepada DSAI. Sy berpuas hati dengan jawapan beliau.
Pengalaman menyertai aktiviti AIC ini tidak akan sy lupakan. Insyallah sy akan menyertai lagi aktiviti-aktiviti AIC pada masa akan datang.

Semoga MALAYSIA BARU dan pelbagai PERUBAHAN akan berjaya dilaksanakan oleh DSAI.

http://www.anwaribrahimclub.com/2009/09/laporan-majlis-iftar-aic/

Comments (1)

Casinos Near Me - Las Vegas, NV - Mapyro
Search for Casinos 서산 출장안마 Near Me in Las Vegas, NV. Find addresses, 오산 출장샵 see 충청남도 출장마사지 photos and read 1338 reviews: "One of the nicest casinos near me. I have heard the casinos 안동 출장마사지 are open 아산 출장안마 and my wife